Friday, 6 July 2012

Let The Rain Shadows My Tears

And here I am. Stranded alone, far from everyone, and got a tonnes of everything on my shoulder. Exam, home, everything mix in together to create one big problem. And yet, no one is here to be with me.

Lelaki seperti aku tidak diajar untuk menangis, sehinggakan aku merasa, aku juga tidak boleh merasa sedih. Bersama kawan kawan dan keluarga, aku hanya boleh portray perasaan gembira dan suka. Dan kadang kadang marah. Tapi tidak sedih. Sedih seperti taboo dalam diri aku. Tapi sedih adalah fitrah. So, bila aku merasa sedih, aku jadi hilang arah. Tiada tempat untuk aku bergantung. Kadang kadang ada, pada seseorang. Seorang sahaja. Tapi bila that someone isn't here anymore, maka aku panik.

Ya, even Tuhan. Sebab bilamasa aku sedih, aku selalu menjauhkan diri dari Tuhan. Yes, I know I shouldn't tapi aku tak tahu mengapa.

Dan selalunya, option aku adalah tidur. But not this time. Seharian tidur, dan tidur lagi, hanyalah seperti satu penafian. Ah, not even a porn can help me. No, seriously, I had one, and it didn't helping.

Ok. Aku buntu. Mungkin, aku perlu menjadi seperti dulu. Tidak bergantung kepada sesiapa. Biarkan aku belajar berjalan dalam duri, dan meredah sungai deras, baru aku tahu macam mana mahu lalu semua jalan ini.

"I love walking in the rain because no one can see me crying." - Mr. Bean.

Thursday, 21 June 2012

Give Up And Go

Banyak aku rancang apa aku nak dalam masa depan aku. Tapi, tak kisahlah apa apa pun yang datang untuk masa depan aku, aku terima, pasal yang penting, aku bersama dengan orang yang aku nak untuk harung masa depan tu.

Cuma, mungkin, harapan yang terlalu besar pada suatu rancangan boleh buat kita hilang punca sekejap. Sedap sebenarnya sakit sakit macam ni, ketawa kuat kuat dengan kawan, sebab kita nampak betapa in the darkest moment in your life, there'll be no one actually to be there for you. Just you and your loneliness. Nak bukak lampu? Suis tak ada. Pasal suis dah pergi dari kegelapan tadi.

So, terpaksa lah kita meraba raba untuk samada keluar dari kegelapan, atau just be there for as long as you can. Giving up? Yes. Aku memang memilih untuk berhenti dan kalah. Sebab cuba kau fikir, apa guna kan? Kalau kau berusaha untuk sesuatu yang memang impossible. Contoh. Even aku berusaha paling usaha sekali dekat dunia pun, tak semestinya aku dapat main untuk Man United, sebab aku tak berbakat. Seusaha mana pun aku nak mengorat Katy Perry, boleh jadi sia sia pasal dia memang takkan nak punya.

So yeah, berusaha sedaya mungkin untuk sesuatu yang possible, tapi untuk sesuatu yang mustahil, mungkin aku lebih memilih untuk duduk dan diam.

Cuma yang ada dalam kepala, soal, ramai orang. Kalau antara satu lawan satu, habis cerita. Satu menang, satu kalah. Tapi, kalau belakang satu tadi ada 100, lepastu 100 cari kau tanya itu ini dan sebagainya, so, macam mana?

Yes. Give up, and go. Bye.

Thursday, 24 May 2012

Entah. Aku Tak Paham Sebenarnya

Sebenarnya, mungkin aku ni, terlalu naif kot dalam hal hal macam ni. Kadang kadang aku rasa juga, segala apa yang aku buat, people may just not get it. Ada la jugak benda benda yang aku rasa, pada aku besar aku buat, tapi, orang lain tengok, hek eleh.

Entah. Hati orang. Oh, harapnya tak ada orang baca blog ni. Kalau kau orang nak komen pun, anon la. Jangan bagitahu siapa kau. Tak pernah aku rasa aku nak luah benda yang besar besar dekat blog. Rasa macam perempuan. Haha.

Tapi, lelaki tak bermaksud dia tu kayu. Bukan lah aku kata, aku nak buat benda ikut suka aku. Tapi, aku juga punya masa sendiri. Masa nak bersiap pergi kelas, masa nak baring sekejap, masa nak main bola, masa nak mandi. Aku tak pernah pun rasa kena kongkong atau kena kawal, tapi, bila aku rasa nak duduk pun terbatas, nak bawak basikal pun terbatas, nak salin baju pun terbatas, mungkin, aku rasa kena kawal kot.

Entah. Mungkin, lelaki, cara dia lain dengan perempuan. Apa yang lelaki expect dari perempuan, mungkin lain dari apa yang perempuan expect, ye dak? Aku tak pernah nafi kalau ada orang layan aku menunjukkan cara dia sayang aku. Cuma, aku ni, mungkin, leka. Acuh tak acuh. Lepa. Buat endah tak endah.

Entah. Tak reti aku nak tunjuk cara mana. Kalau nak cakap soal perlukan perhatian dan masa, mungkin aku paham, tapi, susah juga untuk orang paham, aku juga ada masa. Bukan aku kata aku taknak langsung spend masa. Kalau betul lah aku sombong sangat dari segi masa, memang aku tak akan telefon lah hari hari gamaknya. Tapi still, susah. Aku nak paham.

Entah. Tapi kita tak boleh penting diri ye dak? Kalau orang kata taknak, taknak lah. Paksa la pusing kot mana sekalipun. Kalau dah give up, give up lah. Aku datang bawak bunga ketuk pintu bilik pun, tetap keputusan itu. Selagi mana kita rasa betul dengan keputusan kita, muktamad lah. Macam jawab periksa. Kalau kita rasa A tu betul, walaupun A sebenarnya jauh panggang dari apinya, tetap pilih A.

Belajar. Mungkin. Aku kena belajar, untuk, melepaskan.

Ah fuck! Tolonglah, jangan sesiapa baca. Nak baca pun, kau diam diam je dalam hati. Aku belum jadi perempuan. Tapi, tulisan ni dah serupa macam. Hahahha. And yes, dalam duka, aku ada tawa. Sebab?

"Kalau menangis boleh selesaikan masalah, aku pun nak menangis. Masalahnya, menangis tak selesaikan masalah. So, apa salahnya ketawa kan?" - Arwah Din Beramboi.

Tuesday, 17 January 2012

Ini Adalah Mahasiswa Paling Cool Dalam Malaysia! Hahaha

First of all, let us have a look at the first video. Ini adalah saudara Haziq, jurucakap, er, entah, sekejap dia cakap dia jurucakap BEBAS, sekejap jurucakap SMM. Ikutlah mana mana jurucakap yang dia nak cakap, pasal memang kerja dia pun bercakap. Hahaha. Ini adalah laporan polis kononnya polis bertindak ganas terhadap mahasiswa masa malam 1 Januari. Derr, kalau lu betul rebel, lawan polis, lawan la balik. Tapayah nak menangis mengadu.



Dah tengok?

Now, let us move on to the next video, where the coolness sampai. Semasa pilihanraya Sarawak itu hari. Tengok siapa budak lelaki tu.



"Ada surat merah? Ada kad kuasa?" Tanya abang BN ni.

"Ada ada," jawab akak tu sambil bukak beg. Tiba tiba, dia tukar topik. Kahkahkah. Trolololol

Hahaha. Cool kan? Ok, pas itu aku pun boleh buat. Geram betul aku tengok. Haih.

Saturday, 14 January 2012

Gay Adalah Hak!

Yes. Makin hari, makin saban tentang isu ini. Cerita pasal pemimpin tertinggi negara diheret ke mahkamah kerana isu ini juga sedikit sebanyak meletakkan isu lesbian, gay, bisexual dan transexual (LGBT) sebagai satu isu dalam negara.

Apa isunya? Ya, melalak mereka mengatakan mereka punya hak untuk dilayan sama rata. Ah. Dah banyak kali sebenarnya aku bercakap pasal ini, tapi, entahlah. Tak ada orang nak dengar. Cerita dahulu kala tentang kaum Nabi Lut, dan cerita cerita negara Pompey seperti diambil sebagai dongeng oleh mereka, padahal, agama agama langit, rata rata menceritakan perkara yang sama. Dalam Yahudi, Kristian, dan Islam terutama, semua ada ceritakan. Adakah golongan ini mempertikai cerita yang Tuhan beri? Yang para rasul beri? Yang kitab kita ceritakan?

Ok, mereka akan kata, ini salah Tuhan kerana meletakkan diri mereka dalam badan yang salah. Mereka rasa mereka adalah perempuan yang berada dalam badan lelaki, atau sebaliknya. Sebenarnya, kerana Tuhan menyayangi merekalah maka dijadikan sedemikian rupa. Memang ada kelompok orang yang merasakan mereka mempunyai jiwa yang berlawanan. Itu adalah ujian yang Tuhan ingin tunjuk dan melihat, adakah mereka lebih mempercayai Tuhan, atau lebih mempercayai naluri hati. Kerana jika mereka mepercayai Tuhan sepenuhnya, maka mereka akan terima seadanya diri mereka dan cuba untuk mempelajari hidup sebagai lelaki.

Aku nampak, most of them are tend to be the opposite, first of all, is because how they dibesarkan oleh keluarga, dan siapa kelompok rakan mereka. They are tend to friend with their own kind! No wonder mereka menjadi lebih galak untuk menjadi one. Haih.

Ok ok. Hak. Mereka bercakap tentang ini adalah hak asasi dan kebebasan mereka. Hak mereka untuk mencintai dan dicintai dan main songsang. Fine. Tapi, tanya mereka sendiri. Adakah mereka sudah memenuhi hak mereka? Hak terhadap negara, dan fitrah manusia sendiri? Hak kepada Tuhan, memang tak perlu cerita lah.

Mana hak mereka untuk menjaga nama baik negara dan disegani? Mana hak mereka untuk menjaga santun dan adab umat Melayu yang terkenal di seluruh dunia? Mana hak mereka kepada fitrah mereka sendiri untuk menjadi pasangan kepada lelaki dan wanita? Penuhi hak ini dahulu, dan hak hak kepada manusia lain, baru kita buka buku untuk bercerita tentang hak mereka untuk menyontot. Damn I'm using a bad language. Ah. Sorry. See? This is a right for them to not being abused by bad language, and I'm apologizing. (Ok, it's obvious I'm purposely use it right?)

Kadang kadang, kita mungkin tak tahu sampai mana batas kita tentang hak ini, tapi ingat, kita dilahirkan ke dunia oleh Sang Pencipta. Sehingga kita selesai menyempurnakan hak kepada-Nya, or at least completing some of it, then only kita boleh melalak tentang diri kita. Dunia juga lebih dahulu muncul sebelum kita. Kita juga ada tanggungjawab kepada dunia, dan kepada generasi dahulu dan anak anak kita. In another word, yeah, you do not love this world by your own, so, don't be selfish. Thank you.

Friday, 13 January 2012

Hutang PTPTN Satu Beban?

Ya, dalam dunia yang led by money, even an education boleh menjadi satu beban kepada kau. Berbincang aku dengan stranger, ada yang memberi contoh, negara Cuba mampu untuk memberi pendidikan percuma tertiary kepada rakyatnya. Ya. Menarik.

Tapi, itulah kelemahan demokrasi. Demokrasi datang dengan ajaran free market. Everyone is free to make money. And, in this world of democracy, money is the main, the light, the kiblat of life. Negara demokrasi yang membenarkan sesiapa membuat duit, negara itu sendiri juga perlu membuat duit. Untuk meningkatkan ekonomi negara terutamanya. Belum campur kira politiciannya yang banyak menghabiskan duit rakyat.

And, kita dapat lihat, di negara negara demokrasi utama seperti UK, USA dan Australia misalannya, tidak percuma untuk melangkah memasuki pendidikan tertiary, university, college. And dalam lukisan dunia yang mereka cipta, sejak dari kecil ibu bapa perlu menabung demi memberi pendidikan yang sempurna untuk anak anak usai mereka dewasa kelak.

Dan tabungan ini bukan ratus ratus atau ribu ribu kita cakap. Ia boleh melibatkan hampir puluhan ribu, hanya untuk menghantar anak masuk universiti. Tapi di Malaysia, universiti yang dilabel sebagai awam, mostly yurannya tidak semahal universiti lain. Yes. Subsidi. Tapi aku lihat ia sebagai salah satu jalan untuk sekurang kurangnya menggunakan duit rakyat ke tempat yang betul. Tampung sebahagian pelajaran. Tapi tidak sampai percuma. Kerana, kalau bagi percuma pun, akan ada sahaja orang pertikai. Tak rakyat, orang politik. Pfft. Lainlah kalau ini negara sosialis. Pendidikan percuma itu possible. Tapi mungkin juga perlu dibayar dengan harga tiada akses internet, atau tiada kebebasan bersuara. Mungkin pendidikan itu telah disusun supaya rakyat menjadi setia kepada negara. Kan?

Soalnya sekarang, ramai pelajar kita yang semakin hari, semakin merungut. Kerana baru sahaja belajar, belum bekerja, sudah dibebani dengan hutan pelajaran. Yakni PTPTN. Aku setuju, kalau kita kata, PTPTN ini sepatutnya, kalau tak free-interest, buatkan interest serendah mungkin. Tapi ingat, it's about duit rakyat. Kita beri pinjam duit rakyat, dan semestinya, perlu dipulangkan, agar generasi akan datang juga mampu meminjam duit yang sama untuk digunakan kelak.

Kalau PTPTN free, aku rasa, huh, sudah pasti tak ada orang pun yang akan bayar balik. Well, why is it so? Because, the principle of loan, if you cannot pay now, you cannot pay later. Tak kisahlah berapa interestnya.

Satu lagi, perkara yang aku tak setuju, adalah melalaknya pelajar tadi. Kenapa? Yes. It is an education loan. Pinjaman pelajaran. Tetapi, kenapa banyaknya duit pinjaman ini rata rata jadi Blackberry, iPhone, takpun, jadi tiket wayang. Kita tak nafi, ada yang menjadi tujuannya belajar, dan yuran. Tapi student UiTM, please lah. Do not bluffing. Yuran, RM 700 paling mahal. Sewa rumah, makan, bla bla. Kalau nak dikira, memang tak cukup loan PT ni. Tapi aku tengok, ramai juga kawan aku, yang awal semester sahaja, handphone baru. Makan mewah. Dan, ada, yang dekat hujung semester, akan minta semula duit dengan parent. As I say, I admit, the money is surely not enough, untuk buku, and kos hidup sebagainya. Tapi, kenapa kos hidup kau sampai ber-Blackberry makan Kentaki macam macam? Kita student. We are suppose to live as a student.

"Selagi awak belum bekerja, jangan ingat awak nak hidup macam orang ada duit."

Mak aku pernah cakap ayat di atas. Mak ayah aku selalu kasi aku duit. Dan kadang kadang, aku selalu leka guna duit tu. Tapi aku akui, kata kata dia betul. Duit yang ada dalam poket aku adalah duit mak ayah aku. So, actually, aku tak berhak untuk mendabik dada menggunakan beli kemewahan. Hatta seluar jeans sekalipun. Kalau mahu merasa makan McDonald, kenalah berjimat atau berlapar sikit. Kadang kadang aku kerja part-time, untuk merasa makan sedap atau beli baju. Sebab duit memang tak pernah datang bergolek.

So, there I go once again, aku selalu tak nafi, hidup sebagai seorang student, memang memakan wang yang banyak. Dan mungkin, PTPTN without interest sounds better for the sake of pelajar sekalian. But then, pelajar sekalian juga perlu memain peranan mereka juga. Jangan hanya tahu melalak atas jalan raya sahaja, tapi hujung minggunya minum Starbuck. Ah, tak guna.

It's not about how much you get or spend, but how do you spend it.

Thursday, 12 January 2012

Melayu Pertahan Islam? Or Otherwise?

So, aku dah decide. Aku tahu aku ada walau seorang dua pembaca blog aku yang satu lagi, dan mereka mungkin jelak nak baca pasal politik atau pandangan peribadi. So, here we go. My personal blog.

"Kita kena pertahan Melayu kita! Kalau tidak, siapa lagi nak pertahankan Islam? Datuk Panglima Hang Tuah pernah kata, takkan Melayu hilang di dunia."

Hm, kata kata semangat dan tipikal biasa.

Tadi tiba tiba aku terbaca sesuatu, seorang Sabahan/Sarawakian komen.

"Kami orang Sabah Sarawak, kami pun Melayu, Bumiputera, dengan suku kaum kami, tapi kami bukan Islam."

Yes. This statement solely open my eyes about Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan kita. Melayu itu, Islam, mengamalkan adat Melayu....sampai habis.

Then aku terfikir, there must be some Chinese or Indian, Muslim. They speak Malay, Islam, mengamalkan serba sedikit budaya hidup macam orang Melayu, yet, they are proud with their race. Do we want to change it? I mean, yes, tak salah untuk bangga dengan susur galur dan asal keturunan kita. So, Cina dan India tadi, mereka Islam, tetapi mereka still bangga sebagai Cina dan India, right?

I think, we need a change. Kita perlu pertahankan Melayu demi mempertahan Islam? No, I think, it is better if we pertahankan Islam dahulu, and automatically, Melayu will be diperjuangkan. Right? Apa guna pertahan Melayu, kalau agamanya tidak seindah khabar? Kerana sekurangnya, bila kita pertahan Islam, maka budaya dan adat resam Melayu itu akan kembali semula ke dalam jati diri.

Sepertimana Datuk Panglima Hang Tuah, Dato Bahaman, Mat Kilau, yang kebanyakan kita kenal mereka sebagai Panglima Melayu, tetapi kita lupa highlightkan kehebatan ilmu silat, agama dan keperibadian mereka.

Tuesday, 10 January 2012

Komik Masyarakat

Future student: "Ah, sedap sangat cikgu suruh saya potong rambut panjang. Mampus sama cikgu ah!"

Cikgu: "Kenapa awak kurang ajar sangat dengan orang tua ni?"

Future student: "Yang cikgu nak marah pasal apa? Cikgu dulu pun kurang ajar dengan orang tua. Saya tengok dalam Youtube."

Cikgu: "Sebab itu kebebasan berakademik cikgu. Pemimpin masa tu tak hormat cikgu, cikgu tak hormat dia balik."

Future student: "So, jangan lah salahkan saya kalau saya pun tak hormat cikgu semula."

On your face! Hahaha. Eh, selingan je. bukan nak cakap siapa siapa. Hehehe.

Tuesday, 3 January 2012

"Masa Untuk Menjawab Soalan Pendidikan Islam Ini Adalah 2 Jam."

Aku nak tulis dalam Semi-Diari, tapi rasa macam terlalu diari pula kalau tulis hal luahan hati. Jadi, selain makwe, inilah tempatnya. Hew hew hew.

Selalu dahulu aku merasakan, 3 jam masa untuk menjawab peperiksaan adalah cukup. Kadang kadang lebih.

Yeah, sebentar tadi, 3 jam aku rasakan seperti hembusan bayu di lautan Cinta Pantai Merdeka. Rempit iyeewww.

Where can I buy more time?