Thursday, 12 January 2012

Melayu Pertahan Islam? Or Otherwise?

So, aku dah decide. Aku tahu aku ada walau seorang dua pembaca blog aku yang satu lagi, dan mereka mungkin jelak nak baca pasal politik atau pandangan peribadi. So, here we go. My personal blog.

"Kita kena pertahan Melayu kita! Kalau tidak, siapa lagi nak pertahankan Islam? Datuk Panglima Hang Tuah pernah kata, takkan Melayu hilang di dunia."

Hm, kata kata semangat dan tipikal biasa.

Tadi tiba tiba aku terbaca sesuatu, seorang Sabahan/Sarawakian komen.

"Kami orang Sabah Sarawak, kami pun Melayu, Bumiputera, dengan suku kaum kami, tapi kami bukan Islam."

Yes. This statement solely open my eyes about Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan kita. Melayu itu, Islam, mengamalkan adat Melayu....sampai habis.

Then aku terfikir, there must be some Chinese or Indian, Muslim. They speak Malay, Islam, mengamalkan serba sedikit budaya hidup macam orang Melayu, yet, they are proud with their race. Do we want to change it? I mean, yes, tak salah untuk bangga dengan susur galur dan asal keturunan kita. So, Cina dan India tadi, mereka Islam, tetapi mereka still bangga sebagai Cina dan India, right?

I think, we need a change. Kita perlu pertahankan Melayu demi mempertahan Islam? No, I think, it is better if we pertahankan Islam dahulu, and automatically, Melayu will be diperjuangkan. Right? Apa guna pertahan Melayu, kalau agamanya tidak seindah khabar? Kerana sekurangnya, bila kita pertahan Islam, maka budaya dan adat resam Melayu itu akan kembali semula ke dalam jati diri.

Sepertimana Datuk Panglima Hang Tuah, Dato Bahaman, Mat Kilau, yang kebanyakan kita kenal mereka sebagai Panglima Melayu, tetapi kita lupa highlightkan kehebatan ilmu silat, agama dan keperibadian mereka.

No comments:

Post a Comment