Friday 13 January 2012

Hutang PTPTN Satu Beban?

Ya, dalam dunia yang led by money, even an education boleh menjadi satu beban kepada kau. Berbincang aku dengan stranger, ada yang memberi contoh, negara Cuba mampu untuk memberi pendidikan percuma tertiary kepada rakyatnya. Ya. Menarik.

Tapi, itulah kelemahan demokrasi. Demokrasi datang dengan ajaran free market. Everyone is free to make money. And, in this world of democracy, money is the main, the light, the kiblat of life. Negara demokrasi yang membenarkan sesiapa membuat duit, negara itu sendiri juga perlu membuat duit. Untuk meningkatkan ekonomi negara terutamanya. Belum campur kira politiciannya yang banyak menghabiskan duit rakyat.

And, kita dapat lihat, di negara negara demokrasi utama seperti UK, USA dan Australia misalannya, tidak percuma untuk melangkah memasuki pendidikan tertiary, university, college. And dalam lukisan dunia yang mereka cipta, sejak dari kecil ibu bapa perlu menabung demi memberi pendidikan yang sempurna untuk anak anak usai mereka dewasa kelak.

Dan tabungan ini bukan ratus ratus atau ribu ribu kita cakap. Ia boleh melibatkan hampir puluhan ribu, hanya untuk menghantar anak masuk universiti. Tapi di Malaysia, universiti yang dilabel sebagai awam, mostly yurannya tidak semahal universiti lain. Yes. Subsidi. Tapi aku lihat ia sebagai salah satu jalan untuk sekurang kurangnya menggunakan duit rakyat ke tempat yang betul. Tampung sebahagian pelajaran. Tapi tidak sampai percuma. Kerana, kalau bagi percuma pun, akan ada sahaja orang pertikai. Tak rakyat, orang politik. Pfft. Lainlah kalau ini negara sosialis. Pendidikan percuma itu possible. Tapi mungkin juga perlu dibayar dengan harga tiada akses internet, atau tiada kebebasan bersuara. Mungkin pendidikan itu telah disusun supaya rakyat menjadi setia kepada negara. Kan?

Soalnya sekarang, ramai pelajar kita yang semakin hari, semakin merungut. Kerana baru sahaja belajar, belum bekerja, sudah dibebani dengan hutan pelajaran. Yakni PTPTN. Aku setuju, kalau kita kata, PTPTN ini sepatutnya, kalau tak free-interest, buatkan interest serendah mungkin. Tapi ingat, it's about duit rakyat. Kita beri pinjam duit rakyat, dan semestinya, perlu dipulangkan, agar generasi akan datang juga mampu meminjam duit yang sama untuk digunakan kelak.

Kalau PTPTN free, aku rasa, huh, sudah pasti tak ada orang pun yang akan bayar balik. Well, why is it so? Because, the principle of loan, if you cannot pay now, you cannot pay later. Tak kisahlah berapa interestnya.

Satu lagi, perkara yang aku tak setuju, adalah melalaknya pelajar tadi. Kenapa? Yes. It is an education loan. Pinjaman pelajaran. Tetapi, kenapa banyaknya duit pinjaman ini rata rata jadi Blackberry, iPhone, takpun, jadi tiket wayang. Kita tak nafi, ada yang menjadi tujuannya belajar, dan yuran. Tapi student UiTM, please lah. Do not bluffing. Yuran, RM 700 paling mahal. Sewa rumah, makan, bla bla. Kalau nak dikira, memang tak cukup loan PT ni. Tapi aku tengok, ramai juga kawan aku, yang awal semester sahaja, handphone baru. Makan mewah. Dan, ada, yang dekat hujung semester, akan minta semula duit dengan parent. As I say, I admit, the money is surely not enough, untuk buku, and kos hidup sebagainya. Tapi, kenapa kos hidup kau sampai ber-Blackberry makan Kentaki macam macam? Kita student. We are suppose to live as a student.

"Selagi awak belum bekerja, jangan ingat awak nak hidup macam orang ada duit."

Mak aku pernah cakap ayat di atas. Mak ayah aku selalu kasi aku duit. Dan kadang kadang, aku selalu leka guna duit tu. Tapi aku akui, kata kata dia betul. Duit yang ada dalam poket aku adalah duit mak ayah aku. So, actually, aku tak berhak untuk mendabik dada menggunakan beli kemewahan. Hatta seluar jeans sekalipun. Kalau mahu merasa makan McDonald, kenalah berjimat atau berlapar sikit. Kadang kadang aku kerja part-time, untuk merasa makan sedap atau beli baju. Sebab duit memang tak pernah datang bergolek.

So, there I go once again, aku selalu tak nafi, hidup sebagai seorang student, memang memakan wang yang banyak. Dan mungkin, PTPTN without interest sounds better for the sake of pelajar sekalian. But then, pelajar sekalian juga perlu memain peranan mereka juga. Jangan hanya tahu melalak atas jalan raya sahaja, tapi hujung minggunya minum Starbuck. Ah, tak guna.

It's not about how much you get or spend, but how do you spend it.

No comments:

Post a Comment