Antara bait bait senikata yang dinyanyikan oleh Sian Massey, lineswoman untuk game di antara Wolves menentang Liverpool tadi.
Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula men-deny gol abang Torres ye dak? Manakan mungkin adinda Sian Massey berlaku sedemikian. Bias bias.
"Kalau abang Rooney score, memang saya dah bagi offside. Abang Torres tak apa. Hensem. Bale bale..." -Sian Massey.
Ah, saya taknak ulas game mana mana. Man United ke, Liverpool ke, Australia Iraq ke.Saya cuma nak tanya apa Chris Rock buat ni? Ha ha? Bukan dia sepatutnya membuat lawak je ke?
Ini Chris Rock kan? Bukan? Kau nak main main dengan aku? Jom kita tengok sekali lagi dekat bawah.
Ha, Chris Rock kan? Dah tu, apa dia buat dalam baju West ham tadi? Ha ha?
Kewujudan blog ini kembali kepada sebelumnya zaman Justin Bieber dikenali ramai, atau dengan kata lain, zaman zaman saya tengah single lagi. Kemudian, saya rasa seperti ianya perlu diberi peluang kedua untuk menjengah dunia, di samping meringankan beban Semi-Diari.
Jadi.
Tadaa!!!!
Memperkenalkan The Other Half. Dengan bun yang dikukus istimewa dalam pengukus kami, mengapit daging lembut yang cair dalam mulut seiring dengan hirisan hirisan tomato, bawang, mayonis dan sehiris rakun untuk membangkitkan selera. It's like having sex in your mouth!
Segala cerita cerita cinta, pengalaman hidup dan basikal tidak akan anda jumpa dalam blog ini. Sebaliknya, blog ini hanya akan menekankan benda benda general, macam video video PTB (Pelik Tapi Benar), cerita bolasepak satu dua dan mungkin jalan jalan cari makan. Luna Maya Luna Maya cari tempat lain.
Sebagai permulaan, mari kita menjengah video PTB (Pelik Tapi Benar) kita untuk hari ini.
Perlawanan Maria Sharapova tertunda kerana? Ya, saksikan video ini untuk cerita sebenar.
Ok, aku letak description kenapa bola itu tak melantun balik. Pasal Anis cakap dia takut. Mungkin dia percaya benda benda khurafat kot. Kahkahkah.
Sebenarnya, sebelum perlawanan, bomoh Indon dah pakau tempat tu supaya bola tak melantun.
Ok, tipu. Sebenarnya, cuaca panas melampau menyebabkan ada gumpalan udara dan air terkumpul di bawah court menyebabkan ia lembap gitu kot. Pergi baca dekat Yahoo News. Aku dah tak ingat link dia pergi mana. Anyway, selamat berhujung minggu!